Sunday 18 October 2015

Doa buat suamiku.. mencintaimu hanya kerana Allah..


Ya Allah...
Andai suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
Berikan aku kekuatan untuk terus bersamanya
Andai suamiku inilah yang akan membimbingku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih sayang dan redha atas segala perbuatannya
Andai suamiku ini adalah bidadara untukku di syurgaMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan segala perintahMu
Andai suamiku ini adalah yang terbaik untukku, peliharalah tingkah lakuku daripada menyakiti hatinya....


Tapi Ya Allah..
Andai suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahilah padaku kesabaran untuk terus membimbingnya
Andai suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakan kekuatan untukku perbetulkan keadaannya
Andai suamiku mencintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menariknya dari terus terlena..

Amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin....


(Petikan daripada buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah, Muhd Nasruddin Dasuki, Terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf)


untuk si DIA.. suamiku..ampunkan segala kesalahan dan kesilapanku padamu.. dan ku telah ampunkan segala kesilapanmu padaku.. ku harap Allah memanjangkan jodoh kita.. memberikan kita kebahagian, ketenangan, kesejahteraan kepada keluarga kita.. ku ingin menjadi isterimu di dunia dan akhirat.. ku mencintaimu kerana Allah.. dan kerana Allah jua ku harap kau mencintaiku... 

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 30 SAYANG.. 

ketenangan itu mahal harganya..


Ada yang mengatakan die mempunyai segala2nya di dunia... Dia punya wang, punya kereta besar, punya rumah mewah, punya isteri/ suami yang cantik/ hensem...dan segala2nya nikmat dunia ini..

tapi..pernah tak anda terfikir, bahagiakah die? dan apa definisi bahagia yang sebenar2nya? adekah punya harta yang menimbun byknya..atau sebaliknya die masih mencari2 sesuatu... apakah sesuatu itu..

ambil masa 2saat sahaja... cuba anda fikirkan.. dalam sebulan dua ini, adakah anda tidur dengan nyenyaknya di atas tilam empuk anda... adakah makan anda berselera seperti sepatutnya? adakah anda rassa selamat meninggalkan rumah anda tanpa jagaan? dan banyak lagi persoalan yang menghantui fikiran anda..

jika jawapan anda YA, Alhamdulillah... jika jawapannya tidak..mungkin anda kehilangan sesuatu dalam hidup anda sekalipon anda merasakan anda punya segala2nya..

KETENANGAN... Itulah yang kita cari2....setiap dari kite sangat2 mendambakan ketenangan dalam hidup even kita xpenah mengakuinya. kat sini, sue nak kongsi sedikit sebanyak cara utk kite memperoleh ketenangan.. melalui cara hidup ISLAM.. insya Allah..istiqamah..

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.


1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

sue ambil dari : http://keberesan.blogspot.my/2011/02/10-cara-bagaimana-untuk-mendapat_19.html
(mohon dihalalkan)

Saturday 17 October 2015

Jodoh itu Rahsia Allah..


Percaya atau tidak.. Allah telah merencanakan jodoh kita dr umur kita 4bulan dari dlm kandungan lagi.. sejauh mane kita lari darinya..atau sedekat mana kita mahu bersamanya, andai tiada jodoh kita, die tetap takkan menjadi jodoh kita..

Redhalah dengan ketentuannya..  kerana Dia sebaik-baik perancang.. tiada yang pernah terlepas dari perancanganNya.. namun, jgn pernah berputus asa atas apa yang telah ditentukan olehNya.. mungkin kebahagiaan itu bkn milik kita.. untuk jangka waktu sekarang.. tp akan datang.. tak siapa yang tahu.. andai bukan di dunia ini, mungkin, kebahagiaan kita di akhirat kelak..


Friday 9 October 2015

siapa aku??


Ku sentiasa mendoakan dia adalah kamu.. insan yang kucintai.. kerana Allah.. dulu..kini.. dan insha Allah sehingga ke akhir hayatku..

Thursday 8 October 2015

10 surah yang dapat menghalang daripada 10 ujian besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


 Semoga kite sama2 mendapat baraqahNya...aminn...