HIJRAH..
Sangat luas pengertian hijrah dalam hidup kita.. Setiap orang mendefinisikan hijrah menurut konteks pemikiran masing2.. ada yang berhijrah dari melakukan perbuatan yang buruk kepada yang lebih baik.. ada yang berhijrah dari 1 tempat kerja yang kurang efisien kepada tempat kerja yang lebih memberikan kepuasan pada hidup.. ada yang meletakkan penghijrahan hanya pada perpindahan dari mana ke mana... apa itu penghijrahan yang sebenarnya..
taken from: ( http://lsi.unisba.ac.id/index.php/component/content/article/97-hijrah/117-makna-hijrah )
Kata hijrah berasal dari Bahasa Arab, yang berarti meninggalkan, menjauhkan dri dan berpindah tempat. Dalam konteks sejarah hijrah, hijrah adalah kegiatan perpindahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bersama para sahabat beliau dari Mekah ke Madinah, dengan tujuan mempertahankan dan menegakkan risalah Allah, berupa akidah dan syari’at Islam. Dengan merujuk kepada hijrah yang dilakukan Rasulullah Saw tersebut sebagaian ulama ada yang mengartikan bahwa hijrah adalah keluar dari “darul kufur” menuju “darul Islam”. Keluar dari kekufuran menuju keimanan.
Manusia..
tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.. seringkali.. acapkali... kadang2 kita sedar.. dan kadangkala kita langsung tidak menyedari kita melakukan kesilapan.. same goes to me... melakukan satu kesilapan yang saya akan menyesal untuk seumur hidup ini.. tp kerana kesilapan itu jualah saya mula mengenali Allah.. lebih mengenali.. i mean.. sebelum ini, hidup sebagai seorang muslim... tp hanya melakukan sebahagian sahaja suruhanNya.. seolah2,hidup dalam kejahilan..
betullah kata orang.. apabila kita sdh terlalu biasa melakukan kesilapan, kita xkan merasa lagi terkesan dihati perbuatan tersebut salah... jangan mulakan langkah pertama.. jangan sekali2... kalo dulu, hidup hanya mementingkan keseronokan dunia, Alhamdulillah....sekarang semuanya telah berubah... walaupon, ku tau aku belum cukup sempurna, tapi inshaa Allah... setiap hari mencari keredhaanNya..
Allah memberikan kita hidayah dalam pelbagai bentuk.. ada yang dapat melalui mimpi, ada yang mendapat hidayah bile telah berlaku kecelakaan dalam hidup.. dan macam2 lagi.. bagi aku... kesilapanku byk membuka mataku untuk berubah.. berHIJRAH dari seorang yang kurang baik ke arah yang lebih baik.. i want to b a better muslimah...
kesilapanku menemukan aku, mendekatkan aku lebih kepada Penciptaku... Allah.. bersyukur... walaupon, sekarang ku menghadapi tempoh2 paling sukar dalam hidup, pelbagai ranjau, pelbagai ujian, namun Alhamdulillah.. aku masih mampu berdiri.. tersenyum dihadapan orang.. walau pon di hati memendam perit yang amat...
berhijrahlah saudara2 ku... kerana kita tak tau..selama mane nyawa kita dipinjamkan untuk kita... mungkin hari ini.. mungkin esok.. kita tak tau..bila ajal akan menyapa kita.. aku bersyukur.. masih diberikan kesempatan Ilahi untuk bertaubat..memohon keampunan atas segala dosa2 ku yang lalu.. Seungguhnya Allah maha Pengampun.. dan aku berharap dosa2 ku di ampunkan Allah.. semoga bila malaikat menjengah untuk mengambil nyawaku, tiada lagi dosa2 yang tertinggal untuk dihitung kelak.. ku menulis dengan air mata.. bukan kerana sedih.. tetapi kerana terlalu bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan selama hidupku ini.. dan aku diberi kesedaran sewaktu kudratku masih maksima.. di kala kewangan juga agak stabil..
salam penghijrahan kawan2... usah difikirkan apa dosaku pada Allah... usah difikirkan berapa banyak dosa2 mu pada sang Pencipta... bangunla..ambil wudhukmu.. solatlah taubat..walau sekecil2 dosa pon yang telah kau lakukan atau walau sebesar-besarnya pon dosa yang telah kau laku.. bertaubatlah.. dan niatlah kerana Allah...
BERUBAHLAH KERANA ALLAH :)
No comments:
Post a Comment