Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA”
p/s: hati...bertabahlah...usahlah mengalirkan air matamu lagi...walaupon seluruh dunia membencimu, menyalahkankanmu..ingatlah.. Allah sentiasa bersamamu.. Allah tidak pernah meninggalkankanmu..even kadang2 kau yang sering terlupa padaNya.. rendahkan pandanganmu, tadahlah tanganmu..berdoalah.. tak semestinya kau akan terus mendapatkan apa yang kau doakan.. Allah masih mengujimu.. mengujimu samada kau sanggup bersabar dan sentiasa mengingatiNya atau tidak.. jangan sesekali berputus asa.. andai tiada bahagiamu di dunia, in shaa Allah, akhirat kau pasti menemukannya.. Ya Allah..ampunkan aku andainya ku sering melupakanMu...
No comments:
Post a Comment